Sesi berbuka puasa bersama Nuffnang pada 5 September yang lalu di The Apartment, KLCC mendapat sambutan hangat daripada para blogger. Bilangan e-mel yang dihantar kepada kami menjankaui ratusan bilangannya, namun kami hanya berupaya menjemput 30 blogger pertama yang menghantar e-mel kepada kami seperti yang telah ditetapkan.
The Apartment, KLCC telah menghidangkan sajian utama ke dalam menu Bufet Ramadan mereka – masakan Kelate disertai pelbagai hidangan dan juadah kepada para blogger untuk berbuka puasa.
Tujuan Nuffnang menganjurkan sesi berbuka puasa adalah untuk para blogger berkenalan antara satu sama lain dan juga mengeratkan hubungan antara kakitangan Nuffnang dengan para blogger. Matlamat sesi berbuka puasa ini nyata tercapai apabila para blogger yang hadir bergelak ketawa antara satu sama lain dan bergaul mesra dengan kakitangan Nuffnang.
Pihak Nuffnang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada The Apartment, KLCC kerana sudi menaja Sesi Berbuka Puasa Bersama Nuffnang dan para blogger yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri sesi tersebut. Berikutan sesi ini, Nuffnang bercadang untuk mengadakan sesi berkenalan dengan para blogger sekerap mungkin pada masa hadapan.
Memandangkan malam ini merupakan 29 Ramadhan 1430H , kami dari pihak Nuffnang ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang bakal menyambut Aidilfitri pada 1 Syawal nanti.

Dengan ini, pihak Nuffnang ingin memohon maaf ke atas sebarang kesulitan yang para blogger alami sepanjang perkhidmatan kami. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Gambar-gambar yang dipaparkan di dalam blog post ini adalah hak milik saudara Khairul dari Sawanila.com. Sekiranya anda ingin melihat gambar-gambar lain yang diambil ketika Sesi Berbuka Puasa bersama Nuffnang di The Apartment, KLCC, sila mengunjungi galleri saudara Khairul di sini.

September 19th, 2009 at 10:35 pm
Selamat Hari Raya Nuffnang! Love You Guys!
September 19th, 2009 at 11:27 pm
Salam semua
Selamat hari raya maaf zahir dan batin.
Nuffnang team is the best
September 20th, 2009 at 2:08 am
Selamat Hari Raya Aidilfitri to all Nuffnanger’s
September 20th, 2009 at 2:08 am
Selamat Hari Raya all guys…enjoy it..
September 20th, 2009 at 3:14 am
Selamat Hari Raya Guys :’)
September 20th, 2009 at 5:00 am
SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA NUFFNANGER YANG BERAGAMA ISLAM..
SEMOGA CERIA DI HARI LEBARAN INI :D
September 20th, 2009 at 6:54 am
Thanx nuffnang & Nuffies..=)
ya…sesi berbuka puasa yg best..=)
Selamat Hari Raya guys…
Nuffnang…what About ‘Rumah Terbuka Nuffnang’..??
hehe…=)
September 20th, 2009 at 10:17 am
Selamat Hari Raya!!
September 20th, 2009 at 4:05 pm
Selamat Hari Raya to all muslimin and muslimat. Enjoy every moment of Raya! :)
September 20th, 2009 at 5:32 pm
Salam AidilFitri. =D
September 20th, 2009 at 11:59 pm
*Lisan kadang-kadang tak terjaga.
*
Janji kadang-kadang tak tertunai.
*Hati kadang-kadang berprasangka.
*Sikap kadang-kadang menyakitkan.
*Hidup ini akan lebih indah jika ada rasa KEMAAFAN.
*Selamat Hari Raya Aidilfitri. maaf zahir dan batin.
September 21st, 2009 at 10:08 am
Selamat Hari Raya…!!!!
Maaf Zahir Batin.
Love Nuffnang!
September 22nd, 2009 at 3:22 am
Greatest thanks to nuffnang & the hilarious Nuffies
(* specially nicholas,firdaus, robb n jestina…hehehe…)
really2 enjoy the berbuka puasa session and games slot…
can u spot me in the pic above? hehehehe…
Selamat Hari Raya Maaf Zahir n Batin to all…
(* hope nuffnang can organize one simple raya open house in conjunction of hari raya celebration…definitely i will take part…hehehehe)
September 22nd, 2009 at 2:47 pm
selamat hari raya!
maaf zahir & batin!!
xoxo
September 23rd, 2009 at 7:10 am
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri… Maaf Zahir dan Batin
September 23rd, 2009 at 2:46 pm
selamat hari raya guyz!
September 23rd, 2009 at 9:35 pm
Selamat Hari Raya !!
Maaf Zahir dan Batin !!
September 24th, 2009 at 11:59 pm
Salam aidil fitri olz..
Maaf zahir dan batin..
September 27th, 2009 at 2:08 am
selamat hari raya aidilfitri…maaf zahir batin
September 27th, 2009 at 4:31 am
selamat raya.. nufffff.. ngantuk dh 4.30am ni
September 29th, 2009 at 3:27 pm
selamat hari raya.
wah… kak ina kl pun ada.
December 9th, 2009 at 4:21 pm
Alaaaa….
nak join juga..