Featured Blogger

Be a featured blogger

If you like a chance to be Nuffnang's Featured Blogger Of The Month, contact us at helpdesk and tell us:

1) Who you are (Photos of yourself would be a bonus).

2) Why you think we just HAVE to make you the Featured Blogger Of The Month. If you are selected, a member of our Nuffnang Team will contact you.

If you are not selected, don't be disappointed. There are after all 12 months in a year.

Muzaffar Mustapa

Nuffnang Featured Blogger for the month of August

Salam Sejahtera semua,

Saya Muzaffar Mustapa, cuma kalau di alam siber saya lebih dikenali sebagai seorang blogger @ “monyet” sultanmuzaffar. Sambungkan. Kalau tidak bersambung, jadi lain pula. Nanti dituduh menghina kesultanan Melayu pula. Tak pasal-pasal kena nanti. Monyet? Budak hingus yang gelar. Dia memang suka bergurau. Jangan ambil serius.

Bagaimana nama sultanmuzaffar tercetus?

Sekitar tahun 1998 saya mula terpaksa mencari ID untuk email Yahoo. Saya cuba muzaffar. Gagal. Saya cuba muzz. Lagi gagal. Saya hilang idea. Tiba-tiba mendapat idea. Oleh sebab minat yang begitu mendalam terhadap Sejarah Kesultanan Melayu Melaka, maka nama sultanmuzaffar pun timbul. Hari ini nama tersebut sudah jadi begitu sinonim dengan blog hiburan tempatan. Perasan ! (ketawa)

Idea untuk melahirkan blog ini tercetus bila saya terbaca blog Bluehikari. Lalu saya melahirkan http://sultanmuzaffar.blogspot.com dan kekal sehingga sekarang. Belum pernah lagi terlintas untuk mempunyai blog berdomain sendiri sama ada dotcom ataupun dotnet.

1

Tetamu Jemputan dalam Imbasan Akademi Fantasia 2

Jika anda bukan peminat Akademi Fantasia, tentunya anda tidak mengenali saya. Jika anda bukan peminat seni hiburan Melayu Malaysia, tentunya anda tidak mengenali saya. Jika anda bukan peminat Siti Nurhaliza, tentu sekali anda tidak mengenali saya. Saya telah mula menulis blog sejak Februari 2002. Saya mengenali Internet sekitar tahun 1994. Saya mengenali komputer sekitar tahun 1985, dapat hadiah komputer kerana dapat 5A dalam Peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Tahun ini, 2007 sudah 5 tahun saya menulis di alam siber dan 22 tahun saya mengenali apa itu komputer..

2

Bukan cinta yang ini..

Dahulu,

Pada awal permulaan langkah saya di alam siber ini saya tidak begitu dikenali. Lebih bercerita kepada persekitaran kehidupan saya yang membosankan yang tentunya hasil penulisan yang terhasil tidak begitu minat dibaca oleh pelayar Internet. Saya bercerita kehidupan peribadi. Tentang teh tarik, tentang bos yang cerewet, tentang idea pengaturcaraan, tentang makan di gerai dan tentang cinta. (ketawa lagi)

Satu ketika,

Pada tahun 2003 fenomena Akademi Fantasia melanda negara. Pada tahun itulah bermulanya gelombang televisyen realiti yang sedikit sebanyak telah merubah corak penyiaran televisyen tanah air. Bermula dengan membaca komen-komen rojak di Forum saya telah mengambil inisiatif sendiri untuk membuat ulasan dalam bahasa yang lebih teratur di blog saya sendiri. Saya gunakan bahasa Melayu. Maaf ! Bahasa Malaysia. (sinis)

Tiba-tiba populariti itu datang. Beban yang perlu ditanggung semakin berat. Segala macam peringkat umur mula membaca. Saya mula mengehadkan penulisan peribadi hanya kepada yang benar-benar sesuai dibaca oleh pelayar Internet. Corak penulisan mula berubah. Dunia hiburan menjadi dunia baru saya. Bekerja di bidang pendidikan sudah mula menjadi sesuatu yang membosankan. Dunia hiburan satu dunia yang penuh warna.

3

Poster teater Rumah Kedai Di Jalan Seladang. Teka siapa pelakon utama teater itu?

Komen-komen berkenaan dunia hiburan di blog saya mula diberikan perhatian. Mujur mereka tidak menganggap ia sebagai seteru sebaliknya menjadikan saya seorang sahabat. Proses bertukar-tukar fikiran dan kadangkala turut dijemput untuk menjadi tetamu undangan. Blog saya dijadikan sebagai medium promosi dan lama-kelamaan sebuah komuniti mula terbina. Terima kasih sahabat!

Dari situlah saya mula mengumpul sahabat dari pelbagai latar belakang. Siapa sangka bermula sebagai sebuah blog kosong, saya dapat menggunakan pengaruh yang ada untuk membina sebuah komuniti. Akademi Fantasia hanya ada satu blog pada tahun permulaannya. Kini setelah beberapa tahun ia disiarkan, blog-blog hiburan yang beridentitikan program tersebut cambah seperti cendawan selepas hujan. Mungkin juga saya penyebabnya.

Setelah beberapa tahun memblog, saya mengorak satu lagi langkah apabila penerima tawaran untuk sama-sama terlibat di belakang tabir untuk program televisyen realiti yang saya sering ulas lima tahun yang lalu. Itulah rezeki namanya. Ternyata berbeza apabila berada di hadapan sebagai penonton berbanding terlibat seacara langsung di belakang tabir. Sangat berbeza. Tetapi yang pastinya ia bukan sesuatu yang mudah.

Kini,

Objektif membina blog bukan hanya sebagai ruangan untuk meluahkan pendapat, tetapi juga telah mula menjadi ruangan untuk menjana pendapatan. Bila ada di antara pembaca blog saya yang bertanya bagaimana untuk menjana pendapatan melalui blog. Saya jawab “1. Kandungan, 2. Komuniti dan 3. Kewangan. Bina satu-satu.” Kandungan blog mestilah yang mampu untuk mendapatkan ramai pembaca untuk membacanya. Bila kandungan sudah tersedia, komuniti akan mula terbina. Bila komuniti telah terbina, barulah kewangan akan datang. Begitu sebaliknya. Kewangan datang bila ada komuniti tersedia di depan mata mereka. Untuk mendapatkan komuniti, kandungan blog mestilah yang mampu menguja pembaca. Pi Mai Pi Mai Tang Tu jugak !

4

Sekarang memblog guna 3G!!!

Masa menentukan,

Gelombang blog mula dirasai. Kesannya bukan sedikit. Kini blog mampu menggoncang dunia. Kerajaan yang rapuh amat gerun dengan blog dan blogger. Menjelang kemerdekaan Malaysia yang ke 50, apakah rakyat telah merdeka ? Kemerdekaan telah diberikan kepada rakyat Malaysia untuk mencorakkan pemikiran mereka melalui platform Internet kini. Kemerdekaan itu bukan hanya tertakluk kepada pemilik blog tetapi juga kepada pembaca blog. Pembaca blog perlu memerdekakan diri mereka dari terus berselindung di sebalik tembok dengan penyamaran yang boleh mengganggu-gugat pemilik blog.

5

Imej “default” blog sultanmuzaffar

Tagline,

“Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak semestinya menyokong, menegur tidak bermakna membenci, dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”

saya pegang sejak beberapa tahun yang lalu. Saya suka dengan tagline tersebut. Saya turut mengharapkan agar komuniti pelayar Internet dapat mempraktikkan apa yang diperkatakan oleh tagline tersebut.

Saya kini telah pun menyertai komuniti Nuffnang. Komuniti ini diharapkan dapat mengumpulkan bloggers yang ada di Malaysia untuk berpeluang merubah kehidupan masing-masing. Rujuk nasihat awal saya tadi. 1. Kandungan. 2. Komuniti. 3. Kewangan. Bina satu-satu.

Jom sertai Nuffnang!

Well that’s about it from me, enjoy Nuffnang and do sign up!