Mohdzaid.com
Nuffnang Featured Blogger for the month of August
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia kepada semua kawan-kawan. Ya! Bulan Ogos ini saya (http://www.mohdzaid.com) dipilih untuk mengisi ruang sebagai Featured Blogger Nuffnang . Agak terkejut dan sangat terharu apabila diberi peluang menjadi blogger jemputan pada bulan ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Nuffnang kerana beri peluang keemasan ini kepada saya, penghargaan yang diberikan ini menjadi satu semangat bagi saya untuk terus menulis dan blog segala aktiviti yang saya lakukan .
Sebelum saya meneruskan penulisan ini saya ingin perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Mohd Zaid Othman dan nama samaran atau selalu orang panggil saya dengan panggilan “Yed”. Saya menulis blog di http://www.mohdzaid.com , berumur 26 tahun dan masih belum berkahwin tetapi sudah berpunya, seorang yang sangat ceria dan suka buat lawak tak kira tempat dan masa, tetapi kadang-kadang boleh jadi seorang yang agak sensetif.
Blog adalah tempat untuk saya menulis segala perjalanan aktiviti harian dan meluahkan isi hati yang terbuku dihati. Saya mula menulis blog pada tahun 2007 pada awalnya menulis sekadar suka-suka dan mengisi masa lapang, pada waktu itu saya menggunakan domain dan hosting percuma dari Blogspot. Disebabkan minat yang mendalam dan ingin pelajari bagaimana mengendalikan blog di hosting sendiri saya terus membeli hosting+domain Mohdzaid.com pada tahun 2008. Sejak dari itu saya menulis hanya tentang diri saya dan blog sebagai diari online.
Keluarga adalah pendorong saya untuk bergiat aktif dalam menulis blog, ibu saya (ZaraAluwi) juga seorang blogger. Beliaulah yang sentiasa memberikan semangat dan tunjuk ajar dalam menulis blog. Ketika di sekolah menengah saya amat meminati bidang wartawan, sejak itu saya jadikan minat wartawan bebas sebagai hobi. Oleh kerana minat mendalam dalam bidang kewartawanan saya telah jadikan blog saya dari blog tentang peribadi ke blog event, artis dan konsert-konsert yang saya pergi. Nuffnang adalah sumber saya untuk bergiat aktif dalam menjadi seorang event blogger. Banyak event yang dianjurkan oleh Nuffnang yang saya ikuti antaranya :-

ASTRO BYOND :- http://www.mohdzaid.com/2010/01/14/astro-b-yond-bloggers-night.html

ASTRO BYOND PVR :- http://www.mohdzaid.com/2010/06/06/sepetang-di-astro-b-yond-pvr-challenge.html

DIGI Blackberry Advertorial :- http://www.mohdzaid.com/2010/02/21/oh-bb-aku-suka-sangat-blackberry-unlimited.html

DIGI Pimp My Day :- http://www.mohdzaid.com/2010/01/09/digi-internet-pimp-my-day-final-challenge.html

Bloggers Gathering with GATSBY :- http://www.mohdzaid.com/2010/04/17/gatsby-deodorant-street-fair.html (Saya telah dijemput oleh Nuffnang sebagai blogger jemputan pada event itu)

Mister Potato Party :- http://www.mohdzaid.com/2009/12/20/tq-nuffnang-mister-potato-fiesta-2009-mist-club-bangsar-memang-best.html

Project Alpha Season 2 :- http://www.mohdzaid.com/2010/04/08/project-alpha-2-official-launch.html

Samsung Corby :- http://www.mohdzaid.com/2010/01/16/saya-menang-samsung-corby-samsung-corby-carnival-sunway-lagoon.html (Saya telah memenangi sebuah handphone Samsung Corby pada event ini..)
Banyak lagi event-event Nuffnang yang telah saya pergi, anda semua boleh tengok di blog saya ye.. Selain dapat menang banyak hadiah saya juga dapat berjumpa dengan ramai orang dan blogger yang hebat diluar sana, saya dapat pelajari tentang kemasyarakatan dan menjadikan diri saya lebih yakin apabila bertemu orang.

F1 Lotus :- http://www.mohdzaid.com/2010/03/31/lotus-racing-homecoming-tq-tunehotels.html (Saya amat meminati sukan F1 dan inilah yang saya dapat, iaitu bertemu dengan pelumba F1 Lotus Malaysia. Saya amat sukakan`gambar ini dan telah saya abadikan didalam blog.
Dengan adanya blog saya juga dapat banyak peluang menghadiri press conference dan konsert artis Malaysia dan luar negara. Saya juga telah jumpa ramai selebriti tanah air dan antarabangsa kegemaran saya.
Akhir kata dari saya “Blog bukan sekadar tempat untuk kita menulis tetapi ianya juga tempat untuk Mengekspresi diri”. Jadi rajinlah blog kerana minat anda, bukan kerana duit. Salam sayang dari saya dan selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya kepada semua rakan-rakan.
http://mohdzaid.com (Mohd Zaid Othman)



