Our Community

Viruspadu

http://viruspadu.com

Viruspadu

Viruspadu.com

Nuffnang Featured Blogger for the month of July 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Ok. Now is my turn to become the featured blogger of the month. Thank you Nuffnang for choosing me!

Saya Zaimah, atau lebih disenangi dengan panggilan KakJem aka Vp aka Makmah aka Jemah aka Viruspadu aka Maria Lopez. Saya menulis blog menggunakan alamat www.viruspadu.com. Selamat berkenalan.

Oyye. Pasti ada yang tertanya-tanya kenapa “virus“. Sekali baca seperti satu blog untuk muat turun antivirus? Ok simpan dahulu soalan itu dalam hati kerana saya akan jawab selepas ini.

Saya mula aktif di alam maya ini seawal tahun 2002. Bermula dari aktif di forum-forum, mencari rakan dan bertukar pandangan dan kemudian saya membuka akaun geocities untuk laman peribadi saya yang pertama. Jika tak silap saya, id yang saya gunakan ketika itu juga merupakan id yang sama iaitu www.geocities.com/viruspadu. Ya, kedengaran id “viruspadu” memang dah lama bersama saya. Pendek kata saya dan viruspadu adalah SATU. :)

Mulai pada tahun 2005, saya mula berjinak-jinak menggunakan fotopages (viruspadu.fotopages.com) sebagai platform untuk saya meluahkan rasa dan perasaan hati. Saya jadikan ia diari maya saya yang setia. Di dalamnya turut terdapat segala pengalaman suka-duka bersama arwah anak pertama saya “Alesha Abriza Bidadari Syurga” yang telah dicoretkan buat kenangan saya. Pengalaman mulai dari saya mengandungkannya, melahirkan sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir

Kenangan bersama arwah Alesha. Al-fatihah

Pada Ogos 2006, saya beralih arah ke platform baru dengan alamat viruspadu.blogspot.com dan sehingga kini saya masih menggunakan blogspot sebagai platform, cuma domain sahaja yang telah bertukar kepada www.viruspadu.com.

Kenapa VIRUSPADU?

VIRUS sangatkah? Ya. Tengok sahaja pada slogan blog saya “Hari-Hari Mau … Baca”. Itu juga sejenis virus barangkali pada pandangan saya.. hehe. Tidak!. Sebenarnya cita-cita saya dulu tinggi. Sebenarnya id “viruspadu” ini saya cipta sejak saya masih menuntut di Sintok, Kedah lagi. Saya ada plan yang luar biasa dalam hati, tapi akhirnya tak kesampaian. Sejak itu, saya menggunakan id yang sama sehinggakan butik yang baru saya buka juga saya namakan “Viruspadu Sh0ppink“.

Walaupun “virus” tapi saya merupakan peminat warna merah jambu yang tegar. Kedengaran seperti tidak sesuai di antara virus dan merah jambu. Tidak mengapa. Tiada syarat yang mengatakannya tidak :)

Di dalam blog saya warna warnikan topik entry antaranya:-

1) Aktiviti peribadi bersama keluarga tersayang

Perkhemahan dengan anak-anak

Berjalan-jalan di taman permainan

Kejayaan mendaki Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan

Mandi laut di Teluk Cempedak, Kuantan, Pahang

Girls Day Out bersama-sama adik beradik perempuan saya. 7 orang semuanya sama seperti Dragon Balls :). (Dari kiri : Zara, Ieda, Ina, Ira, Ceera, Jemah dan Sepet)

Saya juga belum beritahu anda semua yang saya memiliki satu keluarga yang besarkan? Saya mempunyai 9 orang adik beradik dan saya merupakan anak ke-6. Di dalam gambar di bawah, memang tidak lengkap kami 9 beradik kerana ada keluarga kakak saya yang beraya di rumah mertua. Jika tidak, ia akan kelihatan lebih meriah.

2. Kecantikan

Sebagai seorang wanita, anak perempuan dan isteri, saya juga tidak lari daripada menyukai kecantikan dan alat solek. Saya akan turut berkongsi pengalaman saya bersama pembaca sesuatu yang saya pelajari misalnya kaedah memakai lipstik. Kedengaran seperti mudah tetapi sebaliknya… agak sukar juga.

Tutorial Memakai Lipstik

3. Fesyen

Setiap kali saya mencuba fesyen terbaru, pasti saya menulis untuk dikongsikan di dalam blog. Dan tidak lupa juga, saya turut akan cuba membuat tutorial memakai shawl bagi membantu rakan-rakan yang ingin mencuba gaya yang sama. Bukan fesyen shawl sahaja, malah tiap kali saya menjumpai fesyen kasut atau baju terkini, pasti saya kongsikan bersama. sharing is caring.

4. Tutorial

Kebiasaannya tutorial di blog saya adalah bergantung kepada permintaan pembaca. Saya akan cuba sediakan tutorial yang mudah difahami serta mesra pembaca. Antara tutorial yang saya maksudkan ialah “bagaimana update blog menggunakan blackberry” :)

5. U Pink My Heart

U Pink My Heart adalah episode percintaan di antara saya dan suami. Bagaimana saya dan suami daripada benci menjadi sayang dan terus ke jinjang pelamin. Namun episode tersebut masih belum berjaya saya tamatkan lagi. Setakat ini telah terhenti di episode 28. Jika ada kelapangan saya akan sambung kembali episode ini. Tunggu ya.

Dan kerana dunia blogging juga, saya berpeluang di “interview” dalam rancangan Safiyya TV9.

Ya, itu sedikit sebanyak berkenaan dengan blog saya.

Bagaimana pula dengan Nuffnang?

Saya bersama Nuffnang selepas diperkenalkan oleh adik saya ceera pada tahun 2008. Sehingga kini, saya masih setia. Sampai bila-bila. Bermula dengan suka-suka untuk menambah pendapatan namun sekarang telah menjadi salah satu sumber yang menjana pendapatan bulanan saya. Terima kasih Nuffnang. Saya masih ingat lagi sponsored post pertama saya iaitu MAKE OVER DIRI ANDA BERSAMA KEM KOTEX® 2008. Sehingga kini Nuffnang masih memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan sponsored posts.

Terima kasih kerana telah memberikan saya banyak kenangan manis dan peluang untuk saya mempelajari sesuatu yang baru.

Antara event saya bersama Nuffnang:

1) Celcom iPhone 4

2) I MAS TRAVEL Blogger’s Party at Neo Tamarind

3) Event breast cancer.

4) Berbuka Puasa Bersama DiGi

5) Shoeville di Bangsar

6) Vaseline Party At Luna Bar

7) Princess Party dan Tayangan Rapunzel Bersama AmBank

Ok sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali ini. Semoga kita semua terus berjaya dalam bidang yang kita ceburi. Saya juga boleh dihubungi di www.twitter.com/viruspadu dan www.facebook.com/viruspadu

Terima kasih Nuffnang kerana memilih saya sebagai Blogger bertuah bagi Julai, 2011.

www.viruspadu.com